Assalamu'laikum buat semua para sahabat dan semua para pembaca blog ini, Alhamdulillah,syukur kehadrat ALLAH s.w.t,,aku dipanjangkan lgi umur untuk terus menghirup udara di muka bumi ALLAH dan diberi kesempatan lagi untuk terus mencoretkan kata2 nasihat buat diriku dan para sahabat2 seugamaku. terlebih dahulu sebelum aku menukilkan kata2 pohonan maaf dipinta andai kata2 aku ini mengguris hati kalian semua,sesungguhnya tiada niat di hati wlaupun sebesar zarah untuk melakukan demikian,,cuma aku ingin menjalankan tuntutan ALLAH untuk terus berdakwah,,mengajak ummat manusia supaya sama2 kembali ke jalan islam..
saudaraku yang dihormati,saban hari kita tidur dan bangun dalam keadaan masih bernyawa dan sihat wal'fiat,.pernahkah sedetik kita bgun dipagi hari yang indah kita menadah tangan memanjatkan rasa syukur kpada ALLAH kerana memanjangkan hayat kita di dunia yang fana ini.
sebaliknya seperti kebiasaan kita bangun dengan impian untuk terus mengejar dunia higgakan kita lupa bahawa kita sepatutnya bersyukur kepadanya dahulu,dan memohon keredaannya..tp kita ummat akhir zaman yang jauh dripada petunjuk mutlak RASULULLAH s.a.w. yang selalu leka,,amat susah untuk kita temui org sentiasa mengingati perkara ini,,hatta kalau ada pun ianya dilakuakn bersendiri secara senyap2 tanpa pengetahuan sesiapa dan tidak disebarkan kpada sesiapa.
sahabat, seperti yang kita sedia maklum,,dunia telah hampir kpada penghujungnya,munkin kita selalu sudah mendengar khabaran ini,,dan ianya telah menjadi basi dan lali untuk kita hayati,sedarkah kita bahawa kita telah bnyk berjaya ditipu oleh syaitan laknatullah..bila kita dengar sahaja khabaran dan cerita pasal kiamat ini kita pasti akan terlintas di hati alah bnda ini biasa sudah aku dengar,asyik2 cerita yang sama..
saudara seugamaku,,bangkitlah,,sama2 lah kita kembali ke jalan yang sepatutnya,,aku bukan hanya menyampaikan untuk kalian,,tetapi aku sampaikan juga buat hati dan jiwaku supaya aku lebih kuat untuk terus berada di jalan ALLAH walaupun aku dihina dan dibenci sekalipun,
lihatlah wahai para sahabat tanda2 kiamat yang nabi sebut, bukankah benar ianya betul2 berlaku sekarang? tidakkah terdetik di hati sahabat2 takut akan amaran ini sama seperti detikan di hatiku..
nabi sebut antara tanda2 kiamat akan tiba ialah:
- Islam akan menjadi asing/gharib..pakai serban dan jilbab dianggap kolot, bahkan lebih teruk-digelar pengganas~
tetapi bahagia dan beruntunglah buat Ghuraba'! mereka yang terus mlakukan ini semua walaupun dihina sehinanya,
-perempuan lebih ramai daripada lelaki..sehingga dinisbahkan 2/3
-Pemimpin terdiri daripada orang yang jahil dan fasik..sehinggakan tidak boleh membezakan antara yang haram dan halal. Agama tetapkan judi sebagai haram..tapi dihalalkan pula...
-Banyaknya wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka bertelanjang..baju dan seluar ketat bahkan sendat, pakaian nipis dan jarang menammpkan bentuk anggota badan..
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
-Akan terdapat ramai anak luar nikah..cubalah kita sama belek newspaper setiap hari, dan cuba kira sehari berapa orang anak luar nikah yang dijumpai di Malaysia sahaja,sedihnya bila kenangkan ummat akhir zaman..amat jauh dari petunjuk ALLAH.
sahabat,,ayuhlah kita sama2 ubah diri kita cara hidup kita,kembalilah kita kejalan islam..sentiasa panjatkan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..amalkan sunnah baginda pada setiap masa dan keadaan mengikut kemampuan dan istiqamahlah/berterusanlah..doakan mereka yang menghina, mempersenda serta memfitnah baginda SAW akan mengenali keangungan peribadi baginda yg mulia satu hari nanti..dan semoga Allah "menguruskan" mereka dengan sebaiknya!
sahabat ketahuilah sesungguhnya baginda SAW mengetahui apa yang ummat hari ini sedang kerjakan,patutlah 1400 tahun yg lalu baginda menangis mengenang nasib ummatnya..sungguh perit hakikat ini.semoga dapat menziarahi Rasulullah di masjid nabawi satu hari nanti..sama2 doakan smg Allah beri peluang kepada kita nanti untuk bersama rasulullah,
daku rindu padamu ya Rasulullah, terimalah daku sebagai ummatmu,amien! doa,doa,doa dan teruskan berdoa..doa itu senjata orang Mukmin!
selamat beramal buat sahabat2 seugamaku."terusanlah perjuangan walaupun ianya pahit untuk kita tegakkan." Wallahua'lam...
terima kasih sahabat atas ingatan ini...
ReplyDeletemmg kdg2 kita leka dgn duniawi tanpa kita sedar kita dah berada di penghujung hayat dunia..
moga kita sama2 mendapat keredhaanNya dan syafaat Nabi Muhammad Saw.
a'fwan ya ukhti...
ReplyDeletemimang kita sering sangt leka dgn dunnia,,seharusnya kita sama2 la berwaspada sekarang,,persiapkan amalan kita untuk hari kemudian...:) insyaallah..amien...